Facebook JPBD
Twitter
Youtube JPBD Perak

Program Pelaksanaan Petunjuk Bandar Mampan (MURNInets)

Apa Itu MURNInet (Asal) ?
Merupakan singkatan kepada Jaringan Penunjuk-Penunjuk Bandar Malaysia (Malaysian Urban Indicators Network). Satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan Penunjuk-Penunjuk Bandar.
Objektif Awal MURNInet (Asal)
  • Menentukan tahap kemampanan setiap bandar dalam negara berdasarkan Penunjuk Bandar Malaysia;
  • Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap bandar mengikut penunjuk;
  • Mencadangkan peluang-peluang penambahbaikan bagi mencapai tahap mampan; dan
  • Menjadikan MURNInet sebagai alat mengukur bagi pelbagai peranan termasuk pentadbiran, teknikal, penglibatan awam dan pemantauan pelaksanaan pelan tindakan.
Isu Utama Kepada Perlunya Kajian Semula MURNInet kepada MURNInets
  • Penyertaan PBT yang tidak menyeluruh
  • Pemilihan penunjuk oleh PBT yang tidak seragam dan penunjuk yang sama rata (tiada pemberat)
  • Sempadan kawasan kajian untuk pengumpulan data adalah berbeza-beza
  • Ciri-ciri penunjuk yang bersifat sektoral dan tidak dikemaskini mengikut norma perubahan gaya hidup dan dasar utama negara
MURNInets (Malaysian Urban Rural National Indicators Network on Sustainable Development)
MURNInets merangkumi set penunjuk di bawah 6 dimensi dan 21 tema yang menggambarkan tahap kemampanan bandar di Malaysia.
Melalui penunjuk MURNInets ini, tindakan boleh dirangka untuk dilaksanakan oleh PBT ke arah pembangunan mampan. Dalam konteks ini, penekanan boleh diberi dalam mewujudkan persekitaran perbandaran yang mampan dengan penyediaan perumahan dan perkhidmatan yang berkualiti.
Kajian Semula dan Pengukuhan MURNInet ini telah menambahbaik peranan dan tanggungjawab pasukan kajian MURNInets di peringkat persekutuan dan negeri dengan menjenamakannya semula sebagai Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan dan Pusat Operasi MURNInets Negeri.
Penjenamaan semula ini diharapkan dapat meningkatkan peranan JPBD Semenanjung Malaysia sebagai antara agensi utama yang mengamalkan program penilaian kemampanan bandar