Facebook JPBD
Twitter
Youtube JPBD Perak

Soalan Lazim

  1. Apakah Perancangan Bandar?
  2. Siapa yang bertanggungjawab dalam merancang bandar?
  3. Apakah Pembanguan Mampan?
  4. Siapakah Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Anda?
  5. Apakah Fungsi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan?
  6. Apakah Kegunaan Kebenaran Merancang?
  7. Apa Kaitan Kebenaran Merancang dengan Pembangunan?
  8. Tahukah Anda Kebenaran Merancang Mempunyai Tarikh Luput?
  9. Apa itu Garis Panduan dan Piawaian Perancangan?
  10. Apa Kepentingan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan?
  11. Apakah lembaga Rayuan?
  12. Apakah Jenis-jenis Rayuan Dalam Lembaga Rayuan?
  13. Apakah Kebenaran Merancang?
  14. Siapakah yang Memberikan Kebenaran Merancang?
  15. Apakah Peranan Awam Dalam Penyediaan Rancangan Pemajuan?
  16. Bagaimana Anda Boleh Memberi Cadangan dan bantahan awam?
  17. Mengapa Peranan Awam Penting?
  18. Apakah Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)?
  19. Apakah kandungan LCP?
  20. Bila dan Siapakah yang Memerlukan LCP?
  21. Siapakah yang Bertanggungjawab Menyediakan LCP?


1.Apakah Perancangan Bandar?
Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "perancangan kegunaan tanah". Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar. [atas]

2.Siapa yang bertanggungjawab dalam merancang bandar?
Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan. [atas]


3.Apakah Pembanguan Mampan?
Pembangunan mampan ialah "pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya".Pembangunan mampan juga mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar. [atas]

4.Siapakah Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Anda?
Subseksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172) memperuntukan kuasa kepada PBT untuk menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT). [atas]

Ini bermaksud mana-mana PBT seperti majlis daerah, majlis perbandaran, majlis atau dewan bandaraya atau mana-mana perkataan lain yang bermaksud ia sebagai PBT adalah PBPT dalam kawasan pentadbiran

5.Apakah Fungsi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan?
Memproses permohonan pelan pembangunan
Mengawal aktiviti pembangunan gunatanah
Mengeluarkan garis panduan dan piawaian perancangan
Menyelaras dan melaksanakan dasar dan strategi pembangunan
Menjalankan kajian dan kaji selidik perancangan.
[atas]

6.Apakah Kegunaan Kebenaran Merancang?
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk mengawal perancangan.
Kebenaran merancang juga merupakan satu bentuk tanggungjawab kepada pihak yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja pemajuan dan pembangunan.
[atas]

7.Apa Kaitan Kebenaran Merancang dengan Pembangunan?
Kebenaran merancang merupakan proses dalam mendapat kelulusan perancangan untuk sesuatu projek pembangunan seperti berikut:

  • Kelulusan tukar syarat tanah
  • Kelulusan pelan susun atur ( kebenaran merancang)
  • Kelulusan pelan pra-perhitungan
  • Kelulusan pelan pembangunan

[atas]

8.Tahukah Anda Kebenaran Merancang Mempunyai Tarikh Luput?
Subseksyen 24 (1) memperuntukan tempoh sah suatu kebenaran merancang hanya 12 bulan daripada tarikh ia diberi
Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja tapak bangunan perlu dijalankan seperti mana yang terdapat di dalam kelulusan kebenaran merancang
Subseksyen 24(2)memperuntukan tempoh sah tersebut tidak dipakai bagi kebenaran merancang yang tidak melibatkan kerja-kerja bangunan
subseksyen 24(3) memperuntukkan suatu kebenaran merancang itu boleh dipohon untuk dilanjutkan tempohnya yang akan luput dengan memohon kepada PBPT untuk tempoh lanjutan atau tempoh lanjutan tambahan.
[atas]

9.Apa itu Garis Panduan dan Piawaian Perancangan?
Merupakan kenyataan bertulis yang digunakan untuk mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti gunatanah.
Setiap pemajuan oleh sesiapapun, perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.
[atas]

10.Apa Kepentingan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan?
Sekiranya tiada garis panduan dan kawalan pembangunan bandar, akan berlaku masalah-masalah perbandaran yang serius
Akibat tiada perancangan dan kawalan, wujud kawasan sesak seperti di kawasan setinggan.
[atas]

11.Apakah lembaga Rayuan?
Lembaga Rayuan memberi peluang kepada seseorang untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) untuk pertimbangan semula keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan.

[atas]

12.Apakah Jenis-jenis Rayuan Dalam Lembaga Rayuan
Kes-kes rayuan boleh dikemukakan mengikut peruntukan dalam Akta 172 seperti berikut:

Perenggan 23(1)(a) dan 23(1)(b) memperuntukkan rayuan terhadap kebenaran merancang sekiranya seseorang terkilan dengan:
Keengganan PBPT untuk memeberi kebenaran merancang atau syarat-syarat yang dikenakan dalam kebenaran merancang
Rayuan oleh pemilik tanah berjiran yang telah membantah di bawah subseksyen 21(6) berhubung permohonan untuk kebenaran merancang

Subseksyen 25(9) memperuntukkan rayuan terhadap amaun pampasan sekiranya seseorang terkilan dengan:
Apa-apa amaun pembayaran balik atau
Pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya daripada PBPT mengenai pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan pelan bangunan.

Subseksyen 30(2) memperuntukkan rayuan terhadap notis rekuisisi( permintaan) oleh PBPT sekiranya seseorang terkilan dengan:
Menghendaki supaya diberhentikan penggunaan itu
Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan dinyatakan dalam notis rekuisisi itu
Menghendaki supaya langkah yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu

Subseksyen 30(7)memperuntukkan rayuan terhadap pampasan notis rekuisisi(permintaan)daripada PBPT sekiranya seseorang tidak berpuas hati dengan:
Jumlah amaun pampasan yang telah diberikan kepadanya berbanding dengan jumlah kerosakan atau menyebabkan susut nilai ke atas tanah.
[atas]

13.Apakah Kebenaran Merancang?
Merupakan kebenaran secara bertulis daripada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT)
Kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan
[atas]

14.Siapakah yang Memberikan Kebenaran Merancang?
Bagi kawasan dalam Majlis perbandaran/ majlis daerah/ majlis tempatan, kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBT berkenaan yang merupakan PBPT kawasan berkenaan.
Bagi kawasan di luar sesebuah PBT, kebenaran merancang dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa( JPBD) Negeri.
[atas]

15.Apakah Peranan Awam Dalam Penyediaan Rancangan Pemajuan?
Anda selaku orang awam boleh menyumbang pendapat konstruktif sebagai input dalam perancangan bandar melalui penyertaan awam pada peringakat publisiti dalam proses penyediaan rancangan pemajuan
Penyertaan Awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur(RS) dan rancangan tempatan (RT) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum.
[atas]

16.Bagaimana Anda Boleh Memberi Cadangan dan bantahan awam?
Memeriksa dan menyemak laporan Draf Rancangan Struktur (DRS) atau Draf Rancangan Tempatan (DRT)
Mengemukakan borang bantahan awam DRS atau DRT secara manual atau digital
Menghadiri majlis publisiti dan bantahan awam yang dianjurkan oleh jabatan ini dan PBPT.
[atas]

17.Mengapa Peranan Awam Penting?
Pihak awam berperanan penting dalam semua peringkat perancangan sama ada sebelum, semasa atau selepasnya.
Pihak agensi pelaksana seperti jabatan awam memerlukan tindakbalas atau responsif daripada pihak awam pada peringkat awal agar perancangan yang dijalankan tidak terkeluar daripada matlamat merancang untuk rakyat.Ini selaras dengan konsep Hubungan MANUSIA Dengan MANUSIA
Peranan awam dapat membantu pihak pelaksana membuat perancangan dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana pihak awam merupakan penduduki tempatan yang tinggal di dalam kawasan perancangan.
[atas]

18.Apakah Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)?

Laporan teknikal yang menerangkan dan menjelaskan mengenai cadangan tapak pemajuan bagi memudahkan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dalam menjalankan proses kebenaran merancang.[atas]


19.Apakah kandungan LCP?
Subseksyen 21A (1) memperuntukkan kandungan LCP seperti di bawah:

  • Konsep dan justifikasi pemajuan;
  • Peta Lokasi dan pelan tapak;
  • Butir-butir hak milik tanah dan sekatan,jika ada ( darisegi fizikal, topografi, air dan tadahan air dan bentuk semulajadi, jenis tumbuh-tumbuhan dan butir-butir bangunan.
  • Analisis gunatanah dan kesannya terhadap tanah yang bersempadan
  • Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan(PBPT).

[atas]


20.Bila dan Siapakah yang Memerlukan LCP?
LCP perlu disediakan bagi mengiringi setiap permohonan cadangan pembangunan di dalam sesuatu kawasan PBPT.

Dikehendaki pada peringkat seperti berikut:

  • Permohonan ubah jenis kegunaan tanah
  • Permohonan kelulusan pelan susunatur
  • Permohonan kelulusan pendirian bangunan
  • Permohonan kelulusan ubah jenis kegunaan bangunan
  • Permohonan pecah bahagian dan cantuman lot.

[atas]

21.Siapakah yang Bertanggungjawab Menyediakan LCP?
Subseksyen 21c(a) dan 21c(b) memperuntukkan semua pelan, butir-butir, pelan susun atur dan dokumen lain hendaklah disediakan oleh:
Seseorang yang kelayakannya ditetapkan dibawah perenggan 58(2)(h) atau;
Seseorang yang berhak berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Perenggan 58(2)(h) memperuntukkan kelayakan oarang-orang yang boleh menyediakan atau menyampaikan rancangan-rancangan, dokumen-dokumen, butir-butir dan pelan susun atur bagi maksud-maksud Akta 172 ini.
Subseksyen 13(1) Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) memeperuntukkan hak seseorang Perancang Bandar berdaftar dianggap pihak yang layak menyediakan LCP.

[atas]