Facebook JPBD
Twitter
Youtube JPBD Perak

Profil Ringkas Menteri Besar Perak

Dato' Seri DiRaja ZambryDato'Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir dilahirkan pada 22 Mac 1962. Memperolehi pendidikan awal di Pulau Pangkor dan kemudiannya di Sekolah Menengah Bukit Gantang, Parit Buntar

Beliau menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda B.Econs (Hons), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) 1987, sarjana (Pemikiran Islam) (UIA), 1991, M.A. (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama) Universiti Temple 1992, Amerika Syarikat and dan Ph.D daripada universiti yang sama pada tahun 1995.

Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir aktif dalam politik sekembali beliau daripada Amerika Syarikat. Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi. Pada 6 Februari 2009, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang ke-11.