Facebook JPBD
Twitter
Youtube JPBD Perak

Perutusan Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T.

Salam 1 Malaysia/ Salam Perak Aman Jaya

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Ridzuan

Laman web rasmi JPBD Perak telah disediakan atas kesedaran bahawa Laman web merupakan medium penting penyebaran maklumat dan komunikasi bagi sesebuah organisasi dengan para pelanggannya. Saya berharap Tuan/Puan akan dapat mengenali jabatan ini tentang fungsi dan perkhidmatan jabatan ini khususnya dan bidang perancangan bandar dan desa amnya.

Dalam merancang sesuatu pembangunan, pandangan daripada orang awam perlu diambil kira untuk memastikan pembangunan yang akan dirancang selaras dengan kehendak dan inspirasi rakyat. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), telah memperuntukkan hak kepada orang awam untuk bersama-sama melibatkan diri di dalam penyediaan rancangan pemajuan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan atau kawasan meraka.

Pendekatan 'people centric' ini sangat bertepatan dengan aspirasi dan matlamat 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan yang diketengahkan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Jabatan ini dengan komitmen setiap warganya sentiasa menjalankan tugas penuh tanggungjawab bagi memastikan pencapaian setiap perancangan negeri pada tahap prestasi yang telah ditetapkan. Jabatan juga sentiasa komited dalam menambakbaik proses kerja jabatan agar sentiasa selaras dengan tuntutan semasa iaitu mengurangkan 'red-tape' dan birokrasi. Jabatan juga peka dengan perkembangan ICT terkini dan menerapkannya dalam proses kerja jabatan seperti penggunaan sistem maklumat geografi dalam merancang dan membuat keputusan. Semua ini dilaksanakan bagi menjamin proses penyampaian perkhidmatan terbaik sentiasa dapat diberikan jabatan ini kepada para pelanggannya.

Terima kasih,


Pengarah