Facebook JPBD
Twitter
Youtube JPBD Perak

Rancangan Tempatan (RT)

Pengenalan

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur (RS) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

RT disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam RS.

RT menunjukkan secara bersekil besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Fungsi Rancangan Tempatan

  • Menterjemahkan dasar-dasar RS;
       
  • Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan PBPT berkaitan melalui peta cadangan gunatanah;
       
  • Menyediakan garispanduan bagi kawalan pembangunan ;
       
  • Mengenalpasti projek utama daerah; dan
       
  • Menyediakan garispanduan pelaksanaan

(sumber: laman web JPBD SM)