JPBD Perak Darul Ridzuan
Perutusan Pengarah •PDF• •Print• •E-mail•

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T. / Salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan

Laman web ini merupakan media perantara penting penyebaran maklumat dan komunikasi antara jabatan ini dan anda. Dengan adanya laman web, saya berharap anda akan dapat mengenali jabatan ini tentang fungsi dan perkhidmatan jabatan ini khususnya dan bidang perancangan bandar dan desa amnya.

Dalam merancang sesuatu pembangunan, pandangan daripada orang awam perlu diambil kira untuk memastikan pembangunan yang akan dirancang selaras dengan kehendak dan inspirasi rakyat.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), telah memperuntukkan hak kepada orang awam untuk bersama-sama melibatkan diri di dalam penyediaan rancangan pemajuan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan atau kawasan mereka.

Pendekatan 'people centric' ini sangat bertepatan dengan aspirasi dan matlamat 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan yang diketengahkan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Jabatan ini dengan komitmen setiap warganya sentiasa menjalankan tugas penuh tanggungjawab bagi memastikan pencapaian setiap perancangan negeri pada tahap prestasi yang telah ditetapkan. Jabatan juga komited dalam menambakbaik proses kerja jabatan agar sentiasa selaras dengan tuntutan semasa yang mengutamakan pencapaian. Anda juga dialu-alukan mengemukakan sebaran pandangan, komen menerusi borang maklumbalas (di bawah menu- Hubungi Kami) bagi membolehkan jabatan memperbaiki perkhidmatan kepada anda.

Selamat melayari laman web ini dan marilah merancang bersama kami.

Terima kasih,

"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Dr. Dolbani Bin Mijan 

 

 
Sekitar Majlis Dialog OSC Bersama Pemaju & Perunding Perancang Bandar •PDF• •Print• •E-mail•
•Written by Administrator•   
••Thursday•, 19 •August• 2010 00:00•
 
Majlis Dialog OSC Bersama Pemaju Dan Perunding Perancang Bandar telah diadakan  dengan jayanya pada 24 Jun 2010 (Khamis) di Hotel Impiana, Ipoh.

•Read more...•
 
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 •PDF• •Print• •E-mail•
•Written by Administrator•   
••Friday•, 14 •May• 2010 17:02•

Jabatan telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 pada 26 April 2010 bertempat di Dewan Serbaguna, Mahkamah Syariah Perak Darul Ridzuan. Majlis ini disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd Fadzil Bin Hj. Mohd Khir, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia.

 

•Read more...•
 
Majlis Dialog OSC Bersama Pemaju & Perunding Perancang Bandar •PDF• •Print• •E-mail•
•Written by Administrator•   
••Wednesday•, 02 •June• 2010 17:21•
 
 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan akan mengadakan Majlis Dialog OSC Bersama Pemaju dan Perunding Perancang Bandar pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
•Last Updated• ( ••Wednesday•, 02 •June• 2010 17:50• )
•Read more...•
 
Penukaran Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000 Ke Versi 2008 •PDF• •Print• •E-mail•
•Written by Administrator•   
••Tuesday•, 16 •March• 2010 00:00•
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan telah berjaya diaudit oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 11 dan 12 Mac 2010 untuk menukarkan versi 2000 ke versi 2008.  Jabatan telah melalui audit dengan baik iaitu tiada sebarang ketakakuran (NCR). Sehubungan itu, sijil MS ISO 9001:2000 telah ditukar ke sijil MS ISO 9001:2008 dan sah sehingga 13 Mei 2013.
•Last Updated• ( ••Monday•, 26 •April• 2010 16:05• )
 


•Page• 1 •of• 8
 

 “RANCANGAN TEMPATAN  IPOH 2020  adalah dokumen perancangan yang mengandungi cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal mengikut lot bagi KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH”

Anda Dijemput Untuk Membuat Pemeriksaan Laporan Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 dan Mengemukakan  Pandangan Atau Bantahan 

Klik di sini untuk maklumat lanjut

  
 

15 Langkah Bandar Selamat

Buku ini disediakan berdasarkan kepada perakuan Lab NKRA: Mengurangkan Jenayah yang diadakan pada 5 Oktober
hingga 19 November 2009 untuk meningkatkan keselamatan awam. Program Bandar Selamat 2004 disyorkan menjadi asas utama untuk mencegah jenayah jalanan; program seumpama ini telah menunjukkan kejayaan di bandar-bandar lain di peringkat antarabangsa dalam mencegah jenayah jalanan secara keseluruhan. Program Bandar Selamat 2004 yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah telah ditakrifkan semula kepada 15 langkah Bandar Selamat.

 

Multimedia 15 Langkah Bandar Selamat

Buku 15 Langkah Bandar Selamat


Buletin Perancangan Perak

 

Gallery

_DSC7934
_DSC7934_DSC7934

e-aplikasi


Calendar

« < September 2010 > »
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Perancangan Perak Mampan

Quick Links

 

Visits

Hari Ini: 53
Bulan ini: 260
Keseluruhan: 47452
Data sejak: 2007-11-12

Tarikh Akhir Kemaskini :

30 Ogos 2010

Tinjauan

Setakat ini, bagaimana perkhidmatan yang kami berikan kepada anda?
 

Contact Us

 

 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Perak Darul Ridzuan

Tingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30646 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-5225780
Faks: 05-2553022