• Laman Utama
  • Berita
  • Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan Prestasi Cemerlang Jabatan Negeri Perak

TP

 

YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak, Puan Norsham binti Ragman telah menyempurnakan sesi penyampaian sijil kepada semua jabatan dan agensi yang telah mencapai prestasi cemerlang (100%) bagi tahun 2019 yang melibatkan isu-isu pengurusan bagi jabatan-jabatan negeri. Timbalan Pengarah PLANMalaysia@Perak, Tuan Mustaffa Kamal Bin Mohd Ali telah menerima Sijil Penghargaan Prestasi Cemerlang daripada YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak.

Isu-isu pengurusan yang diambil kira adalah Pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Penyediaan MyPortfolio, Pelaksanaan Tujuh (7) Hari Berkursus, Penyelesaian Aduan Awam dan Pematuhan Terhadap Kriteria Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK).

Sesi penyampaian sijil ini diadakan bersempena Mesyuarat Pemantauan Isu-Isu Pengurusan Di Bawah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang diadakan secara berkala setiap tahun melibatkan 71 jabatan termasuk jabatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.

 

                                                    MBJ          KURSUS           MYPORTFOLIO