• Laman Utama
  • MENGENAI PlanMalaysia@Perak
  • Perutusan Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya PLANMalaysia@Perak (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan) terus berkhidmat bagi mencapai visi jabatan iaitu Menjadi Peneraju Perancangan Bandar Dan Desa Ke Arah Mewujudkan Persekitaran kehidupan Yang Berkualiti, Sejahtera Dan Mampan Menjelang 2020.

Saya mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa melayari Laman web PLANMalaysia@Perak. Laman Web PLANMalaysia@Perak merupakan satu gerbang maklumat yang membolehkan orang awam, agensi kerajaan dan swasta serta para pelajar mendapatkan info dan data mengenai peranan dan perkhidmatan perancangan bandar dan desa.

Saya percaya konsep "maklumat dihujung jari" dapat menjadi satu medium ICT terkini untuk mendekatkan para pelanggan atau pengguna dengan PLANMalaysia@Perak. Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai zoning, garis panduan perancangan, dan maklumat perancangan selain daripada pengumuman, berita dan penerbitan yang memberi info tambahan kepada pengguna mengenai perkhidmatan jabatan.

Akhir bicara, jabatan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan, syor serta saranan yang membina daripada semua pengguna ke arah mempertingkatkan lagi keberkesanan laman sesawang ini.Pengguna boleh mengemukakan sebarang cadangan atau maklum balas kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau terus ke ruang maklumbalas/pertanyaan.

Adalah diharapkan maklumat yang dimuat naik dalam laman web ini dapat memenuhi keperluan dan memberi faedah kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami.

Sekian.

YBrs. TPr. Jasmiah Binti Ismail

Pengarah,

PLANMalaysia@Perak

(Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa

Perak Darul Ridzuan)